semalam pegi bukak buku di Metro Prima Kepong.dari review yang saya baca semua KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) tak bagus dari segi perkhidmatan, masa dan lain2. saya pun turut terpengaruh (tidak baik sekali) dan telah membuat sedikit persiapan mental. pertama dengan menelefon. bertanya ala kadar tentang hari sepatutnya datang dan nurse pun bercerita panjang lebar pasal nak bawak dokumen ape sekali.
cara cakap dalam telefon - bagus.agak mesra.ade plus point disitu utk book cover.haha
so set time dengan F untuk smpai di klinik pada pkul 7 pagi.haaaaaa memang janji melayu sebab lepas sahur tertido.
7.50 sampai diklinik.serahkan dokumen dan tunggu dipanggil.
dalam 15 minit nurse panggil untuk buat ujian air kencing, ukur tinggi, berat dan tekanan darah.
kemudian ke ruang menunggu B (sebelah) sambil tengok video penjagaan anak yang asik berulang setiap 5 minit.
nurse memanggil ke ruang menunggu lain pula untuk memberi ceramah kepentingan susu ibu.saya rasa sangat la mengantuk tapi anggukkan aje bile die tengok haha.
kembali ke ruang menunggu B.tggu nombor dipanggil.no 9.hehe.awal la jugak kan.
bila masuk bilik, nurse perkenalkan diri.nurse will elaborate/buat:
1) memberi penerangan pasal buku pink dan setiap kali datang ape yang perlu buat.
2) seorang nurse akan in charge utk saya.so setiap kali dtg die akan entertain sy.
3) cara makan ubat/vitamin
4) amik darah (dr hujung jari) utk tahu kepekatan darah.perlu lebih dr 11.i scored 11.3.sipi sipi jewwww mak.
5) Nurse akan check badan kita.
6) tanyakan info2 pasal kita dan famili - last period (mesti rekod!!!kalau malas download je apps), penyakit mak/ayah, merokok ke.
7) masa ni tanya la soalan2 bodoh pun tidak ape.aku tnya mcm2 smpai die annoyed.hehe
lepas tu terus kene amik darah (kat Kepong ni amik darah hanya Selasa shj sebab tu nurse yang jawab telefon tu cadangkan saya dtg selasa). amik darah untuk cek blood group, utk cek penyakit2 yang saya memang tak igt die sebut.
simpan buku elok2.
dokumen yang diperlukan;
1) IC isteri (original) & ic suami (copy)
2) sijil nikah (copy)
3) bil terkini (copy and original)
saya settle smua dalam 9.40. rasa sia2 amik cuti.tapi takpe boleh jalan and balik rest hehe.
persiapan mental:
1) jangan terpengaruh dengan blog/forum yang ckp KK tak bagus. pergi dulu.
2) datang awal.
3) dengar arahan nurse.
4) bawak majalah.
5) kalau konfius tanya.
6) banyakkan berdoa supaya semua berjalan lancar.
salam ramadhan buat semua mummy to be
Comments
Post a Comment
just say it allies!!!