Hari jumat yang hujan2 mcm nie kalau makan nasi beriani memang sedap.haha..tapi sebab puasa, hadap jela keje smpai 4.30.
2, 3 hari nie saya terpkir (sebab aku over) nanti nak bersalin kat mane.ha cepu emas tu.sebab company hubby and me memang al kedekut, jadi takde la coverage utk maternity. jadi untuk bersalin dekat hospital paling mahal harus dilupakan.
dulu-dulu sebelum pregnant, saya selalyu tertanya2 kenapa dorang nie tak pegi je kerajaan.bukan ke free.alkisahnya, banyak cerita2 scary mary, mak takut ok. tapi tak semua nya buruk. bergantung kepada keadaan dan rezeki masing2. like my mum semua pun bersalin kat kerajaan,elok aje. yelah dolu2 mane orang tau sangat hospital private.
walaupun baru 8 minggu, tetapi agak teruja bila mencari info pasal hospital bersalin ni.mcm2 kisah rupanye, they were various. jangan risau (told myself) kisah kita semua berbeza.dan insyallah semua akan selamat.
amin.
rasa nak bersalin kat Pusrawi, sebab saya penah dengar sini ok.tapi kan standard la.mana2 private pun, normal memang murah. berdasarkan bacaan saya, bawah 3k.TAPI kalau c section, ade yang sampai mencecah 11k. boleh makan pasir mase tu.boleh ke bayar instalment?
saya berfikir sampai risiko yang paling teruk la (mintak jauh) iaitu ke c section.ade ke sumber nak cekau time tu.
sekali google punye google, jumpela FPP. ape tuuuu?hospital baruuu??FPP scheme ialah Full Payment Patient Scheme yang mana hospital kerajaan yang ade wing private.Hospital terlibat yang paling femes adelah H.Putrajaya dan Selayang. dr segi bayaran, normal bawah 3K, c section tak lebih dari 5K.wow!!!!mak terkejut okay dengar skim ni.agak berbaloi.
rupenye, FPP ni dah dibahaskan sejak 2006 di Parlimen dengan tujuan untuk mengurangkan pertumbuhan hospital swasta. tak pasti kene cari balik.
tetapi since FPP ni still di bawah kerajaan, maka bilik adelah terhad dan kecil.dorang still tak de wing sendiri untuk FPP ni.kalau ikot kan forum, PPUM ade jugak FPP dan menariknye ade wing sendiri, tetapi haruslah bayar lebih (but still affordable).parking pun kene berderet2 tggu. dari segi doctor, boleh pilih dan semesti ny dktor pakar. nurse2 pun layanan mesra.
maka FPP termasuk dalam pertimbangan.
Comments
Post a Comment
just say it allies!!!